Untuk Bagi Kesedaraan Pada Orang Ramai 8 Penduduk Disaman Ketika Keluar Mencari Barang Keperluan

Sejak semalam, tular rakaman video yang memaparkan lapan orang penduduk kampung, termasuklah seorang pemandu kereta sapu yang disaman kerana telah melanggar SOP PKP dengan membawa penumpang lebih daripada 50 peratus jumlah had yang dibenarkan.

Dalam rakaman itu, mereka dikatakan telah meluahkan rasa sedih selepas disaman sebanyak RM1,000 oleh pihak berkuasa sedangkan mereka hanya keluar untuk membeli barangan keperluan saja.Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, dia turut simpati dengan nasib lapan penduduk kampung di pedalaman Sabah yang telah disaman itu.

Katanya, tindakan itu dibuat supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya mematuhi SOP PKP supaya rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan.Hazani berkata, video yang tular di laman sosial itu dianggap sebagai satu bentuk provokasi kepada pasukan keselamatan yang selama ini telah banyak menggunakan kuasa budi bicara selama tempoh PKP dikuatkuasakan.

Demi untuk beri kesedaran kepada orang ramai terpaksalah mereka akur. Semoga tuhan permudahkan urusan buat mereka-mereka yang telah disaman oleh pihak berkuasa kerana melanggar SOP PKP.

Leave a reply "Untuk Bagi Kesedaraan Pada Orang Ramai 8 Penduduk Disaman Ketika Keluar Mencari Barang Keperluan"

Author: 
author