Kisah dua beradik mualaf dapat perhatian Zakat Pulau Pinang

17 views

BUKIT MERTAJAM: Prihatin dengan nasib yang menimpa dua beradik mualaf, Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini memberi jaminan akan memberi bantuan kewangan bulanan untuk mereka.Jurucakap ZPP berkata, bantuan itu diharap dapat meringankan beban yang ditanggung Abdul Rahim Lim, 57, dan adiknya, Abdul Rahman Lim, 56, dalam menjalani kehidupan seharian.

Menurut beliau, pihaknya terpanggil untuk turun padang dan meninjau nasib dua beradik itu yang hidup dalam serba kesempitan selepas memeluk Islam tahun lepas setelah dilaporkan media termasuk Utusan Online hari ini.Sebenarnya, kedua-dua beradik ini pernah tinggal di rumah mualaf di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) selepas memeluk Islam.

Bagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk kembali tinggal di rumah sendiri sejak dua minggu lalu, kata ketika dihubungi di sini hari ini.Sehubungan itu katanya, ZPP bersedia menimbang cadangan menyalurkan bantuan kewangan secara bulanan kepada mereka bagi menggantikan kemudahan tempat tinggal sebelum ini.

Jelas jurucakap itu, dua beradik berkenaan juga pernah menerima elaun sebanyak RM1,500 seorang termasuk elaun kehadiran kelas dari sumber zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) iaitu antara RM500 hingga RM700 setiap bulan.Difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga bersetuju menaikkan bantuan bulanan untuk Abdul Rahim Lim kepada RM300 sebulan bermula bulan ini.

Abdul Rahim yang cacat kaki kiri akibat nahas jalan raya sebelum ini tinggal bersama adiknya, Abdul Rahman Lim di Taman Machang Bubok di sini sejak lebih 30 tahun lalu.Selain disisihkan keluarga, mereka juga berdepan masalah kewangan yang serius hingga terpaksa mencatu makanan serta mengharapkan ihsan jiran serta sahabat handai yang simpati dengan nasib mereka.

Leave a reply "Kisah dua beradik mualaf dapat perhatian Zakat Pulau Pinang"

Author: 
author