Ibu Sibuk Berkaraoke, Tak Sedar Anak Lemas Dalam Tangki

164 views

Tribunnews baru-baru ada melaporkan mengenai dua kanak-kanak yang berusia 4 dan 2 tahun, yang lemas di dalam tangki kumbahan dan malangnya, mangsa, Alfizil Aini, dan adiknya, Zikra Hidayatullah, juga telah dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.Lebih menyayat hati apabila, semasa kejadian itu berlaku ibu kepada kedua kanak-kanak itu dikatakan tengah asyik berkaraoke di dalam rumah tanpa mengetahui apa yang sudah terjadi kepada kedua anaknya.

Kedua mangsa itu meninggal dunia di dalam tangki yang terletak di belakang rumah mereka di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu, Acheh.Pada mulanya, tangki itu dipercayai sedang dibersihkan oleh ibu mangsa, Suhar, 35, dan kedua-dua anaknya pula dikatakan turut bermain di kawasan itu.

Suhar yang panik melihat keadaan anaknya yang tidak bergerak di dalam lubang itu, telah menjerit, sehinggakan jeritannya itu telah didengari oleh jirannya, Sumarlan, 38. Sebaik saja mendengar jeritan Suhar itu, Sumarlan dikatakan terus melompat ke dalam tangki untuk menyelamatkan mangsa.Sumarlan juga sempat membawa kedua mangsa ke bidan kampung untuk mendapatkan rawatan awal. Namun, kedua-dua mangsa telah pun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubataSemoga kisah Suhar ini dapat menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana. Silalah pantau aktiviti anak-anak anda, tak kiralah dimana saja anda berada. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Leave a reply "Ibu Sibuk Berkaraoke, Tak Sedar Anak Lemas Dalam Tangki"

Author: 
author