Disahkan Positif Virus Walaupun Tiada Simptom Ini Pesan Emma Maembong Buat Semua

Biasanya, pesakit yang disyaki mendapat jangkitan virus Covid-19 akan mengalami tanda-tanda seperti demam, batuk, sesak nafas dan pelbagai lagi gejala lain. Tetapi, ada juga beberapa laporan yang menyatakan ia boleh berlaku meskipun pesakit tiada genjala.Samalah kesnya dengan Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar yang telah disahkan positif Covid-19. Menerusi postingnya yang terbaru di Instagram, Emma memaklumkan perkara tersebut berlaku meskipun dia tidak mengalami sebarang symptom yang biasa terjadi.

Emma dan suami menerima keputusan itu selepas membuat swab test melalui perkhidmatan sebuah klinik mesra keluarga di kediamannya. Menurut Emma, @kumpulan_megaklinik_zahran boleh bergerak dari satu rumah ke satu rumah bagi sesiapa yang ingin membuat ujian saringan.

Bahkan, Emma juga sempat memberi nasihat kepada netizen untuk pergi buat ujian walaupun tiada sebarang gejala untuk dijangkiti. Yelah, kita pun tak tahu keadaan sebenar dalam badan kita, kan? Mana tahu kita pun ada potensi untuk jadi pesakit tanpa gejala? Minta dijauhkan lah ya.

Walaupun mereka berdua disahkan positif, bayinya yang baru berusia tiga bulan disahkan tidak dijangkiti virus berkenaan. Beby Maembong yang merupakan kakak kepada Emma menyatakan yang dia dan keluarga yang akan menjaga Shariq Gabriel. Di ruangan komen, ramai rakan artis dan netizen yang mendoakan kesihatan Emma dan suami.


Kami di ohmedia juga doakan supaya Emma dan suami dimudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Untuk yang lain, ambillah nasihat yang Emma bagi untuk pergi buat swab test walaupun tiada simptom. Bukan apa, untuk kebaikan diri kita juga.

 

Leave a reply "Disahkan Positif Virus Walaupun Tiada Simptom Ini Pesan Emma Maembong Buat Semua"

Author: 
author