Berkali-kali Cuba Memohon Untuk Kelulusan KWSP i-Sinar, Suami “Pergi” Sebelum Sempat Diluluskan

Tahun lepas kita diumumkan bahawa semua rakyat Malaysia yang terjej4s boleh memohon i-Sinar KWSP sehingga RM10,000 dan sudah pasti kelulusannya agak sukar sehingga menimbulkan ketidakpuashatian rakyat Malaysia terutama mereka yang terjej4s dengan pendapatan.

Tular di media sosial Facebook kisah seorang suami yang berkali-kali cuba memohon untuk mengeluarkan duit KWSP miliknya melalui program i-Sinar itu mendapat perhatian warga maya.

Hampir setiap kali arw4h meminta isterinya membuatkan permohonan baginya. M4langnya keputusan yang ditunggu berakhir dengan kesedihan apabila suaminya meningg4l dunia dan meningg4lkan si isteri bersama 4 orang anaknya. Allahu…

Ariahni Eny, isteri kepada arw4h menceritakan kesungguhan suaminya memohon i-Sinar sehingga sanggup menelefon kawan untuk ambilkan gambar slip gajinya bagi permohonan kali kedua.

Katanya, permohonan pertama masih dalam proses dan mencuba untuk permohonan kedua dengan menghantar dokumen seperti yang diminta.

Tidak berputus-asa
Arw4h memintanya untuk membuat permohonan lagi sekali pada tepat jam 12 pagi, Ariahni hanya menurut kata suaminya. Pada jam 1 pagi, arw4h mengejutkannya untuk mencuba sekali lagi. Tetapi m4langnya sistem masih tergendala.

“Susah betul nak dapatkan duit kita sendiri. Bermacam-macam syarat” – Katanya

Suami pergi buat selamanya
Menurut Ariahni Eny, pada jam 6 pagi dia melihat suaminya tidur berbaring. Selama ini, arw4h tidak pernah tidur baring. Dia mula merasa pelik melihat posisi badan suaminya ketika tidur dan merasa tidak sedap hati. Lalu dia membuka lampu suluh untuk kepastian dirinya dan membuka lampu rumah untuk kejutkan suami.

Arw4h memang tak bangun selepas berkali-kali dikejutkan. Barulah dia sedar kenapa arw4h bersungguh-sungguh memintanya untuk memohon i-Sinar KWSP malam itu. Itulah duit untuk membaiki rumah dan membayar hutang.

Leave a reply "Berkali-kali Cuba Memohon Untuk Kelulusan KWSP i-Sinar, Suami “Pergi” Sebelum Sempat Diluluskan"

Author: 
author