Anak Murid Buka Video Lucah Ketika Cikgu Sedang Mengajar 100 Murid Secara Online

Banyak cabaran yang perlu dihadapi cikgu-cikgu dan anak murid pada waktu ini yang terpaksa meneruskan sesi pembelajaran secara online di rumah.Norma baru Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ini terpaksa dipraktikkan berikutan pandemik yang terus melanda dunia. Tapi, kenakalan anak murid masih tidak berubah dan terus menekan cikgu.

Ini terjadi kepada seorang cikgu yang mengajar di Kepong yang mendedahkan dia diganggu pelajar dengan tayangan video lucah oleh anak murid ketika sedang mengajar.Baru masuk tingkatan 1 sudah berani buat perkara tak senonoh macam ni! Cikgu ini juga dikatakan terpaksa menghentikan sesi PdPR atas perbuatan tak senonoh pelajar tersebut.

Gangguan ini turut dialami seorang lagi cikgu yang lain di mana ada pelajar yang sengaja menaikkan gambar lucah ketika sesi PdPR berlangsung.Masalah ini bagaimanapun telah dimaklumkan kepada ibu bapa pihak pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan daerah. Situasi ini amat membimbangkan kita dan diharapkan ibu bapa dapat memantau anak-anak.

 

Leave a reply "Anak Murid Buka Video Lucah Ketika Cikgu Sedang Mengajar 100 Murid Secara Online"

Author: 
author