Polis Tegaskan Tidak Pernah Halang Atau Cuba Hentikan Misi Ebit Lew Di Semporna

Sebentar tadi ramai yang terkejut apabila Ebit Lew dalam perkongsian terbarunya mendakwa terpaksa menghentikan misi bantuan setelah tidak dibenarkan untuk melawat ke pulau-pulau sekitar Semporna.

Ebit Lew juga terpaksa menghentikan hasratnya untuk membina sekolah dan banyak lagi perancangan terpaksa dibatalkan.

Tapi, ini ada kenyataan dari Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali yang menyatakan pihak berkuasa tidak pernah menghalang atau mengeluarkan arahan untuk menghentikan program Ustaz Ebit Lew.

Polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew.

Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan perintah berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Hazani berkata, perintah itu dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Ia tiada kena mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib, ia adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit. – Kata Hazani.

Jika begitu, pihak manakan agaknya yang cuba menghalang usaha yang dilakukan Ebit Lew di sana sehingga dapat membuatkan ramai penduduk mengucap syahadah. Kita nantikan kemaskini dari Ebit Lew.

Leave a reply "Polis Tegaskan Tidak Pernah Halang Atau Cuba Hentikan Misi Ebit Lew Di Semporna"

Author: 
author