Lelaki Tampil Beri Kenyataan, Minta Netizen Berhenti Menuduh Ibu Amir Sebagai Pembunuh

Tular di laman sosial semalam apabila seorang pengguna Twitter telah memuat naik status yang mengatakan bahawa ibu kandung Amir itu bukanlah pembunuh sebenar seperti yang disangkakan.Lelaki yang dikenali sebagai Iman (@imanjaii) itu turut berkongsi kepada umum mengenai kisah sebenar yang berlaku pada 7 tahun lalu sebelum Amir diambil dan dijaga oleh ibu angkat Amir.

Iman juga ada menyatakan bahawa ibu kandung kepada Amir itu sememangnya sejak dulu lagi sudah mempunyai masalah mental, dan wanita (ibu kandung Amir) itu turut mempunyai surat yang mengesahkan tentang penyakit yang dihadapinya itu.Menurut Iman, dia mengenali ibu kandung Amir itu dan dia juga ada menyatakan bahawa ayah tiri Amir itu sebenarnya merupakan seorang yang panas baran dan kaki pukul.


Tujuan Iman menceritakan semula kisah yang berlaku pada 7 tahun lepas adalah kerana dia mahu wanita diluar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih suami.Bersalah atau tidak dalam hal ni, biarlah pihak polis saja yang buat kerja. Apapun samalah kita nantikan keputusan siasat lanjut daripada pihak polis. Semoga ada keadilan buat adik Amir.

 

Leave a reply "Lelaki Tampil Beri Kenyataan, Minta Netizen Berhenti Menuduh Ibu Amir Sebagai Pembunuh"

Author: 
author