Warga Emas Naik Bas 90km Ke Bandar, Sanggup Tidur Di Kaki Lima Demi Tunggu Wang BPN

Perit tetapi demi mendapatkan secebis wang untuk meneruskan hidup, seorang warga emas sanggup menaiki bas sejauh 90 kilometer dari kampungnya di Sebuyau ke bandar Kuching dengan kos RM40 demi mengambil wang bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 sebanyak RM350.Memetik laporan MalaysiaNow, ternyata menyentuh hati ramai kerana warga emas berusia 73 tahun itu dilaporkan telah tidur di kaki lima

Malah, kata beliau, warga emas itu juga tidak mengetahui tarikh pembayaran wang BPN dan terpaksa mengambil risiko untuk keluar dari kampung dan perlu mengambil sendiri wang tersebut di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuching.Ini malam ketiga (ketika ditemu bual) saya di Kuching,katanya kepada MalaysiaNow ketika ditemui semalam di kaki lima, Jalan India, di belakang bangunan Electra House.

Saya diberitahu oleh penduduk kampung, duit bantuan boleh diambil pada hujung bulan ini (Januari). Tetapi kerana tidak ada tarikh bila duit itu boleh diambil, jadi saya buat keputusan untuk datang ke Kuching tengok sendiri.Dan pada dirinya, tidur di kaki lima adalah perkara yang berbaloi dilakukan. Wang itu kebiasaannya akan dikredit terus ke dalam akaun bank pemohon yang berdaftar.

Saya tak boleh balik ke rumah kerana belum dapat wang bantuan tunai,katanya.Dengan wang saku tak seberapa, sukar buat dirinya berbelanja jumlah besar semata-mata untuk kos pergi dan balik dari Sebuyau ke Kuching.

Leave a reply "Warga Emas Naik Bas 90km Ke Bandar, Sanggup Tidur Di Kaki Lima Demi Tunggu Wang BPN"

Author: 
author