Pernah Viral Berpisah Dengan Keluarga Angkat, Budak 7 Tahun Maut Didera Ibu, Bapa Tiri

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditemui maut dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka. Menerusi laporan Metro, kanak-kanak tersebut dipercayai didera ibu dan bapa tiri berikutan terdapat kesan cedera serta lebam di anggota badan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air di rumah.Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, seorang wanita yang dipercayai kakak angkat mangsa telah meluahkan rasa pilu apabila mengetahui berita pemergian kanak-kanak ini.

Kanak-kanak ini dipercayai pernah mendapat perhatian ramai menerusi video perpisahan dengan keluarga angkatnya. Mangsa percayai diserahkan semula kepada keluarga kandung selepas 6 tahun dibesarkan keluarga angkat.Sekarang kau dgn kitorang dah terpisah tak jumpa sampai bila-bila kitorang dah sampai Melaka mir nak jumpe kau buat kali terakhir.. semoga semua dipermudahkan yaallah

Leave a reply "Pernah Viral Berpisah Dengan Keluarga Angkat, Budak 7 Tahun Maut Didera Ibu, Bapa Tiri"

Author: 
author