Anak Cakap Banyak Tapi Pelat. Biasakan Dua Latihan Asas Ni Dulu, Lama-Lama Ok!


Anak 3 tahun ke atas biasanya dah boleh menuturkan perkataan mengikut usianya. Tapi yang menjadi kerisauan sesetengah ibu bapa anak boleh sebut macam-macam tapi masih pelat setelah usia 5 tahun.Kenapa anak saya pelat? Seringkali ibu bapa datang dengan komplen macam ni – “Anak saya dah cakap banyak, tapi masih pelat. Apa maksud ibu bapa anak PELAT?

Menurut Terapis Pertuturan Bahasa, Nor Azizah Nordin ada tiga kategori anak pelat yang perlu ibu bapa tahu si kecil anda di peringkat mana.Cakap hujung-hujung atau tak lengkap…. contohnya “BAJU” ditukar ke “AJU” @ “JU” sahaja. Contoh ayat “AJU ADIK OTO” (Baju adik kotor)

Salah sebutan huruf/bunyi… contohnya /K/ ditukar ke /T/ seperti “KAKAK” ditukar ke “TATAK”.
Tertukar kedudukan huruf/bunyi… contohnya “BAJU” ditukar ke “JABU” – kedudukan bunyi /B/ dan /J/ bertukar.


Sebenarnya proses ini adalah NORMAL bagi anak-anak di bawah umur 5 tahun. Selepas umur 5 TAHUN, jika anak-anak masih lagi tidak menyebut bunyi dengan betul, berjumpalah dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk membuat penilaian. 5 tahun bukan mengikut Umur anak… TETAPI mengikut UMUR BAHASA anak.

Macamana nak tau UMUR BAHASA anak? Pada Usia 5-6 tahun, Anak telah menghasilkan ujaran 5-6 perkataan
Dapat menamakan 6 warna asas dan 3 bentuk asas Dapat menamakan hari dalam seminggu mengikut turutan
Dapat mengira 1-30 dengan hafalan Menceritakan sesuatu perkara dengan tepat Kerap bertanya maksud perkataan yang abstrak Bahasa dan pertuturan menyamai orang dewasa (* dipetik dari penanda buku Persatuan Speak)

Jika anak anda masih belum mencapai peringkat bahasa seperti di atas, dia mungkin masih belum mencapai UMUR BAHASA 5 tahun. DAN PELAT masih lagi merupakan Proses NORMAL nya.

TERAPI BAGI ANAK PELAT Sebelum membuat Latihan, perlu dipastikan,Anak mendengar bunyi yang betul  Telinga Anak memproses bunyi yang didengar  Otak Anak bersedia untuk menyebut bunyi yang betul Mulut

Dalam kes terpinggir pula, mungkin 0tak yang tidak memproses bunyi dengan baik. Kesemuanya memerlukan terapi.

Oleh itu, biasanya latihan akan dimulakan dengan Latihan Mendengar Perbezaan Bunyi Latihan Sebutan bagi bunyi yang salah (pelat)

Jika TIDAK, ulang latihan ini sehingga anak dapat membezakan “SAKU” dan “SATU”
Jika YA, latihan peringkat ke2 boleh diteruskan.

iii. Buka mukasurat yang berkenaan. Letakkan di hadapan anak. Mulakan dengan bunyi /K/ di awal perkataan.
iv. Minta anak sebutkan setiap gambar dengan bunyi /K/ yang betul. Betulkan kedudukan lidah anak jika anak masih tertukar /K/ menjadi /T/.


Latihan untuk anak pelat ini perlu dijalankan secara intensif untuk mendapat hasil yang baik. Sentiasa berhubung rapat dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk memastikan latihan dijalankan dengan betul.

Leave a reply "Anak Cakap Banyak Tapi Pelat. Biasakan Dua Latihan Asas Ni Dulu, Lama-Lama Ok!"

Author: 
author