Tiba Masanya Kau Pergi Family Angkat Sayu Amir Ajal Disyaki Angkara Si Ibu

Sebelum ini pernah tular di media sosial, kisah seorang kanak-kanak lelaki yang terpaksa berpisah daripada keluarga angkatnya selepas 6 tahun dijaga. Video yang meruntun jiwa itu mengundang pelbagai reaksi apabila mereka sebak untuk melepaskan Zubaidi Amir Qusyairi kepada keluarga kandungnya.

Dijumpai terlangkup dalam sebuah tong air…Polis syak angkara ibu kandung & bapa tiri. Walau bagaimanapun, semalam keluarga tersebut telah dikejutkan dengan pemergian anak berusia 7 tahun itu dalam keadaan yang sangat tragis. Menerusi portal Harian Metro, adik Amir telah ditemui ajal dalam keadaan terlangkup dalam sebuah tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka.

Lebih menyayat hati, kejadian itu disyaki berpunca oleh ibu kandung serta bapa tirinya. Malah beberapa kesan lebam serta kecederaan turut dikesan pada bahagian tubuh kanak-kanak malang terbabit.

Mak angkat dah lama tak dapat call & mesej sejak berpisah…Nak ziarah Amir buat kali terakhir. Susulan berita mengejutkan itu, Tuhfah Nazihah Tarmidi yang juga merupakan kakak angkat meluahkan rasa sayu dan sangat berdukacita terhadap nasib menimpa adik Amir.

Mana tidaknya, ini merupakan perpisahan yang perlu dilalui untuk selama-lamanya. Kini, mereka sekeluarga sudah pun berada di Melaka untuk menziarahi si kecil itu buat kali yang terakhir.

Leave a reply "Tiba Masanya Kau Pergi Family Angkat Sayu Amir Ajal Disyaki Angkara Si Ibu"

Author: 
author