Berebut 1 Wanita Dengan Sejuta Lelaki, Hafiz Mahamad Tak Kekok Tawan Hati Aina

Siapa saja yang tak mengenali personaliti media sosial Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina? Walaupun sudah hampir 4 tahun melayari alam rumah tangga bersama, tapi usahawan ini tetap sweet dengan isterinya sekali gus menjadi inspirasi buat mereka di luar sana dalam menghargai antara satu sama lain.

Episod cinta Hafiz & Aina penuh kejutan
Terbaharu menerusi entri di Instagram, Hafiz memuat naik satu video throwback zaman bercinta bersama Aina. Sepanjang tempoh tersebut, usahawan berusia 28 tahun ini dilihat langsung tidak kekok membuat kejutan demi kejutan kepada buah hatinya.

Pernah viral apabila menyewa sebuah kereta mewah di ulang tahun kelahiran Aina
Dia dahulunya pernah menjadi sebutan netizen apabila membuat surprise pada hari ulang tahun Aina dengan menyewa sebuah kereta mewah pada 2016 lalu. Episod cinta Hafiz Mahamad dan Nursyafiqah Aina Abdul Wahab akhirnya disempurnakan dengan sekali lafaz pada 2017 lalu dan kini dikurniakan seorang putri comel bernama Raisya Arisa.

Kita ambil wanita itu daripada seorang ayah untuk dijaga maka buatlah dia senyum selamanya
Dalam pada itu, Hafiz mengakui lumrah golongan lelaki untuk memikat wanita kesukaan mereka dengan mencuba bermacam-macam cara dan usaha begitu juga dirinya. Menyedari akan tanggungjawab besar yang perlu dipikul, dia turut menasihatkan para suami di luar sana agar sentiasa menghargai dan membahagiakan isteri.

Leave a reply "Berebut 1 Wanita Dengan Sejuta Lelaki, Hafiz Mahamad Tak Kekok Tawan Hati Aina"

Author: 
author