(Video) Suami Izinkan Isteri Peluk Bekas Teman Lelaki Buat Kali Terakhir Sewaktu Bersanding

Hari bersanding merupakan salah satu hari yang bahagia buat pengantin baru. Tapi, kalau bekas kekasih suami atau isteri korang datang waktu majlis bersanding tu mesti rasa kurang senang, betul tak? Tambah lagi kalau bekas kekasih tu jenis yang tak boleh nak move on.

Tapi lain pula jadinya dengan pasangan pengantin di Indonesia ni! Menerusi satu video yang viral dari aplikasi TikTok baru-baru ini, pengantin perempuan tu telah memeluk bekas teman lelakinya yang hadir ni majlis bersanding dia gais.

Tapi sebelum dia peluk bekas kekasih dia tu, dia siap minta izin suami dia lagi yang duduk dekat sebelah tu. Ohmedia rasalah kan, suami dia pun rasa serba salah jer nak geleng kepala. Kah!

Jadi, suaminya pun angguklah dan beri tanda setuju. Dengan rasa tak bersalah, pengantin perempuan tu terus peluk je bekas teman lelaki dia dikhalayak ramai. Lepas je dari tu, bekas teman lelaki dia pula dengan selamber jer peluk pengantin lelaki dan ucapkan Tahniah. Kah! Apa pandangan korang? Kalau Ohmedia lah jadi pengantin lelaki tu, memang habis lah dia lepas majlis.

Leave a reply "(Video) Suami Izinkan Isteri Peluk Bekas Teman Lelaki Buat Kali Terakhir Sewaktu Bersanding"

Author: 
author