Sebelum Ini Viral Penuh Orang Waktu PKP, Hari Ini IKEA Umum Ada Kes Positif


OH! TIDAKSebelum Ini Viral Penuh Orang Waktu PKP, Hari Ini IKEA Umum Ada Kes Positif
OlehHafizal MahatPada 25/01/2021SHARETWEETCOMMENT

Ramai yang meluahkan rasa bimbang mereka bila melihat keadaan PKP2.0 tidak ketat seperti PKP tahun lalu. Kita dapat lihat sendiri keadaan tempat kita yang masih sesak dengan orang seperti tak ada apa berlaku.

Hari ini IKEA Malaysia dalam satu kenyataan rasmi telah mengesahkan penutupan IKEA cawangan Cheras bermula 25 Januri 2021 selepas pengawal keselamatan mereka disahkan positif Covid-19.

Kes ini berjaya dikesan berikutan ujian saringan rutin yang dijalankan pihak IKEA bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan terjamin.

Harap kita dapat gunakan tempoh yang ada ini untuk kurangkan peningkatan kes baharu dan elakkan untuk pergi ke tempat yang sesak. Lebih ramai yang akan terjejas sekiranya kita gagal menggunakan waktu ini sebaiknya.

Leave a reply "Sebelum Ini Viral Penuh Orang Waktu PKP, Hari Ini IKEA Umum Ada Kes Positif"

Author: 
author